Firefox 9.0 Beta Kini Sedia Diuji Pengguna Windows, Linux Dan Mac

Dengan pelancaran pelayar web Firefox 8.0 tempoh hari, kini pembangunan pelayar web generasi berikut telah memasuki fasa berikutnya, dimana kini Firefox 9.0 Beta sudah pun sedia diuji oleh semua pengguna seluruh dunia, samada pengguna Windows, Linux mahupun Mac OS.
Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, Firefox 9.0 Beta tidak membawakan sebarang perubahan drastik berbanding sebelum ini. Namun, ia diperkatakan yang mana Firefox 9.0 kelak akan membawakan antaramuka yang lebih menarik lagi, menjadikannya lebih mesra pengguna. Pada masa yang sama prestasi dan penggunaan memori juga diberikan perhatian serius, untuk menjadikan pelayar web Firefox lebih ringan, dan pantas beroperasi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9.0 Beta hari ini untuk sistem operasi Windows, Linux dan Mac OS, dan mula mengujinya hari ini, sebelum ianya dilancarkan kepada semua pengguna dalam bentuk stabil dalam tempoh 6 minggu lagi. Firefox 9 juga dijangka akan menjadi versi terakhir pelayar web Firefox untuk tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...